Friday, 19 April 2013

Zon selesa~

Zon selesa,,bukan rumah tapi keadaan kita sekarang.. Disebabkan keselesaaan inilah ramai daripada kita masih berada di takuk yg sama.. Contohnya bila dapat result test 'B', lepas tu rasa "ok la tu, at least B drpd C"
Memang rasa selesa kan,  mungkin sebab kita tau ada org dpt lg teruk dr kita..
Syukur itu perlu, Alhamdulillah..tp dalam bersyukur itu kita seharusnya mempunyai azam untuk berubah, jangan terlalu selesa, kelak kamu binasa..

Pengalaman sy sendiri, kalau dulu saya seorang yg pemalu nak cakap depan orang ramai. Tapi waktu di bangku sekolah, saya cuba untuk bercakap di depan org ramai. Mulakan dengan selalu bercakap dlm kelompok kecil seperti kelas. Walaupun masa tu tangan saya bergetar2 sebab berdebar, tapi saya teruskan jugak. Dan bila kita diberi peluang untuk bercakap di depan orang ramai, jangan tolak walaupun 99.99% perasaan tak nak bermain2 dalam kepala. Yang pasti, kawan2 saya selalu kata yang saya aka bercakap dgn sgt laju bila depan org ramai.. ye la..nervous la katakan ^^

Alhamdulillah, disebabkan sedikit cabaran yang saya ambil untuk keluar dari zon selesa saya dahulu, kini saya lebih berani untuk tampil ke hadapan. Saya sedar hakikat ni bila saya buat pembentangan dalam kuliah Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) pd sem lepas. Sebelum pembentangan tu, tanagn saya memang sejuk sangat, bayangkan nak berdepan dengan kuliah yang besar. Sebaliknya, semasa pembentangan tersebut saya berasa yakin dan seronok untuk bercakap.
~Dengar macam perkara biasa, tapi bukan senang nak buat..bagi saya.. =)

Yang penting,kita harus berani untuk menyahut cabaran. Kita takkan pernah tahu bahawa perubahan yang sikit boleh membawa kepada 1001 makna dan mugkin boleh mengubah kehidupan..who knows?? Allah knows best, of course..

Dan kalau bukan sekarang bila lagi??  Jom sahabatku,kita keluar dari zon selesa yg sekarang demi lebih banyak keselesaan di masa hadapan..






Nabi Muhammad SAW bersabda,"Ada 2 nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." [Al-Bukhari]

tepuk dada tanyalah iman,sedangkan Nabi Muhammad SAW memberi dorongan, kita x mungkin selesa selamanya hanya dengan berangan 


~keep smiling and face our fear, for the sake of the future..
~come out, come out wherever you are..come out, come out from your comfort zone..

No comments:

Post a Comment