Demi matahari,dan sinarnya di pagi hari,
Demi bulan apabila ia mengiringi..
Demi siang hari, bila menampakkan dirinya,
demi malam apabila ia menutupi..
Demi langit serta seluruh binaan-Nya,
Demi bumi serta yang ada di hamparan-Nya..
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaan-Nya..
Sungguh,kehidupan itu pilihan..setiap makhluk sama ada matahari, bulan dan bintang mempunyai pilihan.. dan yang menjadi pilihan 'mereka' adalah PATUH..
Seperti kita yang sering kali mempunyai pilihan..setiap masa dan ketika Allah hadirkan pilihan..
Pilihan pertama yang kita buat adalah untuk lahir ke dunia ini dan berjanji untuk menjadi khalifah di muka bumi ini..
Kalau semua makhluk Allah yang lain boleh patuh,kenapa tidak kita?? Sesungguhnya,bila satu jari aku tujukan kepada kamu,lagi 4 jari menuding ke arah diri sendiri..Dengan pilihan yang aku ada, yang kita ada, yang semua makhluk ada.. kita kena bertindak..rebutlah peluang yang terbentang di hadapan mata kita..
Walaupun aku sebenarnya ragu2 untuk membuat keputusan, kalau seandainya aku dipilih untuk memimpin..aku yakin Allah sentiasa menyediakan yang terbaik buat setiap hamba-Nya.
Rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini terutamanya..selamat berpuasa..dan moga Allah redha (:
Daripada abu Hamzah Anas bin Malik r.a.. pembantu Rasulullah SAW, Baginda bersabda yang bermaksud: "Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" ~HR Bukhari, Muslim dan Ahmad~
Monday, 22 July 2013
Monday, 8 July 2013
Kehidupan itu Pembelajaran
Alhamdulillah..banyak benda yang saya belajar dalam tempoh 2 minggu ni..
Setelah mengikuti kem Pemudahcara Mahasiswa selama hampir 2 minggu...saya belajar untuk memikul tanggungjawab. Walau apa pun tugasan yang kita dapat,terimalah. Sebab saya lihat sahabat-sahabat di sekeliling saya semuanya menerima dengan seadanya. Seberat atau semudah mana pun tugasan yang diterima, kami sentiasa berusaha melakukan yang terbaik. Alhamdulilllah, kami kini adalah satu keluarga..satu famili yang harmoni walaupun kami dari berlainan bangsa dan budaya.
Pepatah kalau tak kenal maka tak cinta ternyata benar, tapi yang lebih bertepatan dengan famili PM KUAZ 13/14 adalah tak rapat maka tak cinta..siapa sangka kami boleh bekerjasama seperti adik-beradik.
Saya bersyukur kerana saya telah merebut peluang ini walaupun pada mulanya saya akui saya keberatan untuk menjadi PM..
Sungguh, Allah itu perancang terbaik.

Kem Pangkor Rimba ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)