Asalamu'alaikum..(jwb salam dulu , hehehe)
Alhamdulillah, selesai menghadiri Ceramah Syria : Perjuangan Rakyat, Demi Maruah dan Kebebasan.. Forum yang hebat dan menyentuh kalbu dari penyampai2 yang juga tidak kurang hebatnya.. Di saat semua insan sibuk berjuang dengan fahaman politik masing2, wujud segelintir hamba Allah yang tidak pernah berputus asa dalam menyumbangkan keringat demi Islam tentunya, menuju redha Ilahi..
Pada mulanya, menghadiri ceramah tu dgn sedikit perasaan keterpaksaan, namun hikmah di situ ternyata membuka minda saya. Ceramah dimulakan dengan serba sedikit sejarah Syria iaitu bagaimana perang saudara yang bermula dengan persengketaan yang kecil kini mulai meragur beribu-ribu malah mungkin berjuta-juta nyawa dan kehidupan.
Terlalu banyak untuk dikongsi dalam masa yang sebegitu singkat. Kemudian kami ditunjuk pula dengan video-video ketika mereka melawat keadaan Syria. Subhanallah.. apakah perasaan kita kalau melihat sendiri seluruh ahli keluarga diambil nyawa mereka dengan sekelip mata. Apatah lagi untuk seorang kanak2 kecil menghadapi semua ini..
Salah satu pengajaran yang dapat saya ambil adalah kita haruslah menjadi seorang pemimpin yang sentiasa memikirkan keadaan orang yang kita pimpin. Kerana tanpa mereka, jawatan kita sebagai pemimpi itu pun tak akan wujud. Perbalahan dan persengketaan di Syria ini juga ternyata berpunca dari sikap pemimpin itu sendiri yang kurang memahami apa yang rakyat sebenarnya inginkan. Mereka tidak mendambakan sebuah kesempurnaan, cukuplah sekadar perhatian dan keadilan.
Sesebuah institusi itu ibarat sebuah segi tiga. Seorang pemimpin akan berada nun jauh di atas puncak segi tiga dan jauh jaraknya dari org2 di bawah. Tapi hakikatnya, tanpa orang2 di bawah tersebut, tidak lengkaplah segi tiga malah yang di atas takkan boleh berdiri tegak di atas tanpa ada yang menyokongnya dari bawah..
~Malaysia Life Line for Syria, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan nasib Syria, ayuh kita memberi sokongan
~Jangan kata atau tanya, apa yang kita boleh bantu sebab hakikatnya jawapan itu ada dalam diri kita sendiri. When there's a will, there's a way..
^_^ keep smiling while we still can, it doesn't cost u anything

No comments:
Post a Comment