Asalamu'alaikum..(jwb salam dulu , hehehe)
Alhamdulillah, selesai menghadiri Ceramah Syria : Perjuangan Rakyat, Demi Maruah dan Kebebasan.. Forum yang hebat dan menyentuh kalbu dari penyampai2 yang juga tidak kurang hebatnya.. Di saat semua insan sibuk berjuang dengan fahaman politik masing2, wujud segelintir hamba Allah yang tidak pernah berputus asa dalam menyumbangkan keringat demi Islam tentunya, menuju redha Ilahi..
Pada mulanya, menghadiri ceramah tu dgn sedikit perasaan keterpaksaan, namun hikmah di situ ternyata membuka minda saya. Ceramah dimulakan dengan serba sedikit sejarah Syria iaitu bagaimana perang saudara yang bermula dengan persengketaan yang kecil kini mulai meragur beribu-ribu malah mungkin berjuta-juta nyawa dan kehidupan.
Terlalu banyak untuk dikongsi dalam masa yang sebegitu singkat. Kemudian kami ditunjuk pula dengan video-video ketika mereka melawat keadaan Syria. Subhanallah.. apakah perasaan kita kalau melihat sendiri seluruh ahli keluarga diambil nyawa mereka dengan sekelip mata. Apatah lagi untuk seorang kanak2 kecil menghadapi semua ini..
Salah satu pengajaran yang dapat saya ambil adalah kita haruslah menjadi seorang pemimpin yang sentiasa memikirkan keadaan orang yang kita pimpin. Kerana tanpa mereka, jawatan kita sebagai pemimpi itu pun tak akan wujud. Perbalahan dan persengketaan di Syria ini juga ternyata berpunca dari sikap pemimpin itu sendiri yang kurang memahami apa yang rakyat sebenarnya inginkan. Mereka tidak mendambakan sebuah kesempurnaan, cukuplah sekadar perhatian dan keadilan.
Sesebuah institusi itu ibarat sebuah segi tiga. Seorang pemimpin akan berada nun jauh di atas puncak segi tiga dan jauh jaraknya dari org2 di bawah. Tapi hakikatnya, tanpa orang2 di bawah tersebut, tidak lengkaplah segi tiga malah yang di atas takkan boleh berdiri tegak di atas tanpa ada yang menyokongnya dari bawah..
~Malaysia Life Line for Syria, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan nasib Syria, ayuh kita memberi sokongan
~Jangan kata atau tanya, apa yang kita boleh bantu sebab hakikatnya jawapan itu ada dalam diri kita sendiri. When there's a will, there's a way..
^_^ keep smiling while we still can, it doesn't cost u anything
Daripada abu Hamzah Anas bin Malik r.a.. pembantu Rasulullah SAW, Baginda bersabda yang bermaksud: "Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" ~HR Bukhari, Muslim dan Ahmad~
Wednesday, 24 April 2013
Friday, 19 April 2013
Zon selesa~
Zon selesa,,bukan rumah tapi keadaan kita sekarang.. Disebabkan keselesaaan inilah ramai daripada kita masih berada di takuk yg sama.. Contohnya bila dapat result test 'B', lepas tu rasa "ok la tu, at least B drpd C"
Memang rasa selesa kan, mungkin sebab kita tau ada org dpt lg teruk dr kita..
Syukur itu perlu, Alhamdulillah..tp dalam bersyukur itu kita seharusnya mempunyai azam untuk berubah, jangan terlalu selesa, kelak kamu binasa..
Pengalaman sy sendiri, kalau dulu saya seorang yg pemalu nak cakap depan orang ramai. Tapi waktu di bangku sekolah, saya cuba untuk bercakap di depan org ramai. Mulakan dengan selalu bercakap dlm kelompok kecil seperti kelas. Walaupun masa tu tangan saya bergetar2 sebab berdebar, tapi saya teruskan jugak. Dan bila kita diberi peluang untuk bercakap di depan orang ramai, jangan tolak walaupun 99.99% perasaan tak nak bermain2 dalam kepala. Yang pasti, kawan2 saya selalu kata yang saya aka bercakap dgn sgt laju bila depan org ramai.. ye la..nervous la katakan ^^
Alhamdulillah, disebabkan sedikit cabaran yang saya ambil untuk keluar dari zon selesa saya dahulu, kini saya lebih berani untuk tampil ke hadapan. Saya sedar hakikat ni bila saya buat pembentangan dalam kuliah Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) pd sem lepas. Sebelum pembentangan tu, tanagn saya memang sejuk sangat, bayangkan nak berdepan dengan kuliah yang besar. Sebaliknya, semasa pembentangan tersebut saya berasa yakin dan seronok untuk bercakap.
~Dengar macam perkara biasa, tapi bukan senang nak buat..bagi saya.. =)
Yang penting,kita harus berani untuk menyahut cabaran. Kita takkan pernah tahu bahawa perubahan yang sikit boleh membawa kepada 1001 makna dan mugkin boleh mengubah kehidupan..who knows?? Allah knows best, of course..
Dan kalau bukan sekarang bila lagi?? Jom sahabatku,kita keluar dari zon selesa yg sekarang demi lebih banyak keselesaan di masa hadapan..
Nabi Muhammad SAW bersabda,"Ada 2 nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." [Al-Bukhari]
tepuk dada tanyalah iman,sedangkan Nabi Muhammad SAW memberi dorongan, kita x mungkin selesa selamanya hanya dengan berangan
~keep smiling and face our fear, for the sake of the future..
~come out, come out wherever you are..come out, come out from your comfort zone..
~come out, come out wherever you are..come out, come out from your comfort zone..
Thursday, 4 April 2013
Pesta KO-K UM
Korang2.. 30 Mei 2013 ni..ada aktiviti menarik kat dalam UM. Program yang dinamakan Pesta Ko-Kurikulum Universiti Malaya..Banyak aktiviti menarik yang disediakan, tak percaya..jom la kita pi jenguk2 kt sana nanti ya.. Sebahagian daripada program adalah persembahan daripada pelajar UM sendiri..ermm..tak sabar rasanya nak pergi kan...
Ni cek nak habaq mai pasai program tu..pakat-pakat la kita p no.. ^_^
Tarikh : 30 Mei 2013
Tempat : Dewan Tunku Canselor, UM
Masa : 9.00 pg - 4.00 ptg Pameran
7.30 ptg- 9.00 mlm Persembahan
PESTA KO-Kokurikulum ini merupakan satu platform untuk mempamerkan kemahiran & bakat pelajar, juga menjadi tempat untuk memberitahu, menunjukkan & menyebarkan kepada komuniti masyarakat apa yang pelajar Universiti Malaya lakukan sepanjang semester. Terdapat juga NGO yang terlibat dalam perkhidmatan pendidikan, penjagaan atau kaunseling kepada remaja pada hari tersebut.
Last but not least..do come and enjoy yourself on that day.. It will surely provide you with lots of fun and exciting activities..dont forget our promise on that day,ok!!
~See you there..
Ni cek nak habaq mai pasai program tu..pakat-pakat la kita p no.. ^_^
Tarikh : 30 Mei 2013
Tempat : Dewan Tunku Canselor, UM
Masa : 9.00 pg - 4.00 ptg Pameran
7.30 ptg- 9.00 mlm Persembahan
PESTA KO-Kokurikulum ini merupakan satu platform untuk mempamerkan kemahiran & bakat pelajar, juga menjadi tempat untuk memberitahu, menunjukkan & menyebarkan kepada komuniti masyarakat apa yang pelajar Universiti Malaya lakukan sepanjang semester. Terdapat juga NGO yang terlibat dalam perkhidmatan pendidikan, penjagaan atau kaunseling kepada remaja pada hari tersebut.
Last but not least..do come and enjoy yourself on that day.. It will surely provide you with lots of fun and exciting activities..dont forget our promise on that day,ok!!
~See you there..
Subscribe to:
Posts (Atom)


