Friday, 29 March 2013

2nd Coaching Real Sahabat SERU

Kali ni,coaching Real Sahabat SERU berkisarkan '360 degree feedback'. Kami semua diminta mengenal pasti kelebihan dan kekurangan masing2. Walaupun agak malu2 pada mulanya, akhirnya perbincangan itu telah berubah 360 darjah menjadi sesuatu yang sangat menyeronokkan. Sesi perkongsian yang dilakukan ternyata mengingatkan minda kita bahawa manusia itu tidak sempurna. Lalu, untuk mencapai kesempurnaan itulah manusia bergaul sesama sendiri kerana kesempurnaan itu tidak mustahil sekiranya kita saling bekerjasama sesama umat manusia. Hakikatnya, sahabat2 di sekeliling kita itu Allah kurniakan untuk melengkapi dan menutup kelemahan diri kita.

Langkah pertama yang perlu kami buat adalah mengenal pasti individu2 yang rapat dengan kita, sahabat2 di kampus dan orang yang kita takuti atau tak suka kita. Seterusnya, kami perlu meminta mereka untuk menyenaraikan kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri kami. Akhir sekali, penilaian dan perbandingan perlu dibuat. Tapi disebabkan majoriti belum siapkan bahagian tersebut, kami akan berbincang pada perjumpaan yang akan datang. Daripaga situlah, kita boleh tahu pandangan orang lain terhadap kita. Pandangan yang positif kita kekalkan mnakala yang sebaliknya kita buat penambahbaikan...



Sometimes what we see is not what others see..ask them about you..believe and accept what they say because when they tell you they dont like something about you..they actually want you to be a better person.
>that is what friend are for<

~semoga esok lebih baik dari hari ini~

p/s: seronok meluangkan masa dengan ahli2 Prodigy...semoga ukhuwah itu berkekalan kerana-Nya =)

Wednesday, 27 March 2013

Menuntut Ilmu

Kehidupan seorang pelajar universiti yang serba boleh itu bukanlah dilihat dari sudut akademik semata-mata. Ditambah lagi dengan zaman serba maju dan canggih ini yang menutut sesuatu yang lebih hebat dari seseorang yang bergelar mahasiswa. Ternyata ianya sangat mempengaruhi kehidupan ak yang bergelar mahasiswi, in sha Allah ( doa-doakan ye..)

Petang tadi ada menghadiri majlis ilmu yang bertajuk 'Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam' di Akademi Pengajian Islam..Kuliah yang 'simple' tapi padat dengan isi dan penyampaian yang berguna. Ini sebenarnya adalah bahagian kedua yang memfokuskan kepada 'Islam dari Sudut Ibadat'.



Bila disebut ibadat, pasti yang terlintas di fikiran semua orang adalah solat, puasa, zakat, haji dan macam2 lagi. Tapi pernah tak kita terfikir atau berusaha menjadikan seluruh kehidupan kita sebagai ibadat. Sebenarnya dari bangun pagi hinggalah kita tidur, malahan ketika kita tidur pun, itu semua adalah ibadat.
Yang penting, setiap amalan yakni ibadat yang kita lakukan mestilah disertai dengan ihsan dan khusyuk. Ibadat yang dilakukan pula mestilah ikhlas kepada Allah supaya kita mendapat berkatnya. Kata ustazah yang menyampaikan ilmu tadi, keberkatan itu abstrak, hanya boleh dilihat dan dinilai oleh orang yang merasainya. Keberkatan sesuatu perkara boleh dilihat pada hasilnya. Contohnya, keberkatan rezeki sesebuah keluarga boleh dilihat dari sudut kejayaan anak-anaknya.

Apa yang penting, walau apa sahaja yang kita lakukan, ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat kita. Teruskan bermujahadah dan istiqamah dalam melakukan amal kebaikan... ^^




Bak kata seorang sahabatku, diri kita memerlukan makanan jasmani dan rohani. Apa yang kita belajar di sekolah dan kelas, itu semua makanan jasmani kita yang zahirnya semua orang dapat lihat melalui pencapaian kita dalam peperiksaan. Namun hakikat yang sebenarnya ialah makanan rohani itulah yang menentukan kesihatan jasmani kita. Alhamdulillah, mudah-mudahan program2 yang saya sertai seperti Real Sahabat SERU, hadiri majlis2 ilmu dan lain-lain lagi dapat memberi banyak manfaat sama ada kepada diri saya sendiri dan semua umat Muhammad SAW.

~sambil menuntut ilmu 2,dapat berkenalan dengan ramai sahabat2 yang baru =)
~senyumlah, kerana senyumanmu mampu merawat kedukaan orang lain..

Wednesday, 20 March 2013

1st Coaching Session

Alhamdulillah, bengkel Real Leadership Workshop Coaching Session yang pertama dah selesai. Walaupun sebenarnya coaching session tu dibuat hari Rabu yang lepas, hari ni baru sempat update post..hehe.. Terima kasih kepada coach dan peer coach kumpulan Prodigy yang penuh semangat menceritakan 'goal' masing-masing,walaupun kepenatan selepas kuliah.


~Semangat kumpulan Prodigy ternyata membangkitkan rasa kagum dalam diriku.. =)
~Instead, everyone are born to be leaders~
~Our Prodigy coaches are great, I mean it~



My goal setting,
# behavioral development
  - always think positive, after every difficulties there is ease
  - treat everyone equally,especially when you lead smthg
# academic performance
  - i'm trying my best n hard to achieve 3.7 CGPA for my 2nd sem, i believe that if other people can do it, I also can
# extra curricular involvement
  - i'll involve on more outdoor activities
# health
  - avoid too much junk food, carbonated drink and intake of caffeine
  - follow Rasulullah way of life =)
# spiritual / religious development
  - perform solat asap when azan
  - Quran as my love letter ^_^
# personal / leadership development
  - involve more on college and UM activities, even sometimes it's hard to handle them..i'll try my best

~it's now or never because HOW YOU DO ANYTHING IS HOW YOU DO EVERYTHING...

Saturday, 16 March 2013

Novel~Andai Gerimis Berhenti..

Selesai sudah membaca novel ' Andai Gerimis Berhenti ' karya Mardihah Adam. Mengisarkan kehidupan seorang anak gadis yang berusaha menggapai cita-citanya dengan berbekalkan semangat, keazaman, dorongan dan ilmu yang dimiliki. Sebuah novel yang biasa tetapi memuatkan 1001 pengajaran bagi saya. Biasalah apabila membaca novel, seluruh perasaan  saya ditumpahkan pada watak tersebut.

Aisya, seorang pemegang sijil diploma dalam bidang kewangan. Berbekalkan dorongan dari sahabatnya, dia berjaya membuka sebuah kolam penternakan ikan air tawar di kampungnya. Walaupun pelbagai cacian diterima, dia tidak mengalah malah terus berdiri teguh bersama semangat yang menggunung kerana dia yakin Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar. Di saat impiannya hampir tercapai, hadir insan yang mencemburui kejayaannya. Ditambah dengan fitnah yang diterimanya, Aisya menjadi semakin lemah. Alhamdulillah, berkat kerajinannya dan kepercayaannya atas qadak dan qadar Allah, impiannya tercapai.

Selain itu, setiap perenggan dalam novel ni sentiasa mengingatkan kita kepada kekuasaan Allah Maha Agung yang mengatur kehidupan kita. Sepanjang pembacaan novel ini, hati tidak putus-putus memuji penulis novel ni yang sentasa mengingatkan pembacanya kepada Allah dalam setiap bait kata dan frasanya yang indah.

Yang paling terkesan pada saya ialah kasih sayang dalam keluarga dan sesama sahabat yang ditonjolkan. Benar seperti pepatah Melayu, air dicincang takkan putus. Apabila kita memiliki sahabat yang memahami kita, segala masalah boleh kita kongsikan bersama malah kita boleh sama-sama memperbaiki diri dengannya. Dan sesungguhnya kelembutan itu tidak pernah kalah dengan kekasaran. Contohnya, kalau kita nak tegur seseorang itu,tegurlah dengan berhikmah, bukannya dengan memarahinya.


~mungkin sebuah novel biasa bagi pembaca2 yang lain, tapi banyak pengajaran dalam membaiki kehidupan yang dapat saya kutip dari novel ini
~kalau kita positif dan sentiasa mencari yang positif,bacalah apa saja bahan atau buku, mesti kita akan dapat pengajaran yang berguna

Friday, 15 March 2013

Suara Pendeta~~

Kehangatan FESENI UM dirasai..saya dan sahabat-sahabat telah pergi untuk memeriahkan Pertandingan Nasyid malam semalam,14 Mac 2013 di Dewan Tunku Canselor UM.Tak sangka,ramai warga UM yang datang untuk memeriahkan majlis di samping menyokong rakan-rakan dan kolej masing-masing..

Yg pasti,saya ke sana sebab nak sokong Pasukan KUAZ dan roommate tercinta,,hhehe..
Persembahan dari semua kumpulan nasyid memang memuaskan, setiap kumpulan ada identiti mereka tersendiri..
Dewan Tunku canselor itu digamatkan dengan sorakan dari penonton, membakar semangat peserta untuk melakukan yg terbaik. Sedangkan saya sebagai penonton pun berdebar menunggu persembahan, apatah lagi yang di atas pentas..

Yg barisan belakang,paling kanan..roommate sy,ayu..  :)
Pastinya saat yg paling dinantikan dan mendebarkan adalah pengumuman pemenang. Alhamdulillah, kumpulan nasyid KUAZ yang lebih dikenali sebagai Suara Pendeta mendapat tempat ke-3. Tak sia-sia penat lelah roommate saya berlatih selama ni.

Adat pertandingan, pasti ada yang kalah dan menang, sebaik-baik pemenang adalah yg mencapai keberkatan Ilahi, mudah-mudahan Allah redha..

~ do keep smiling even when we are in pain :)

Wednesday, 13 March 2013

"Anak Soleh Talian Akhirat"

 Meghadiri Minggu penghayatan Islam di Kolej 9, Forum 'Anak Soleh Talian Akhirat'..Walaupun ada bnyk dugaan nk ke sana. Alhamdulillah, berjaya jgk smpai dan tak  rasa rugi  walaupun sikit..Pengisian forum yang amat bermakna dan diserikan dgn kehadiran Hafiz Hamidun, Ustaz Akhil Hayy, Ustaz Munawir Salehuddin dn Ustazah Asni Mansor..


Talian utk kta jd anak soleh n solehah adalah 24434..msti rmai yg tahu kn,solat 5 waktu sehari semalam..
Melalui talian 24434 jugalah kta mampu mnjadi anak yg soleh solehah,amiin...

Jom kta sma2 doakn ibu bapa kta, mudah2an mereka x menanggung dosa atas kesalahan kta sebaliknya mendapat pahala atas setiap kebajikan dan kebaikan yg kta lakukan..
Forum itu diakhiri dgn bacaan doa utk ibu bapa oleh Ustaz Akhil Hayy, persembahan zikir terapi dr Hafiz Hamidun dan sekali lagi persembahan nyanyian 'Hamba-Mu'.
~ mudah2an, majlis yg penuh mahabbah itu diberkati dan dilimpahkan rahmat
~keep smiling  =)

Monday, 4 March 2013

Tiada Kejayaan Tanpa Usaha..


Alhamdulillah, akhirnya blog ni berjaya dihasilkan.It's truely true..jgn mengimpikan kejayaan kalau tidak mahu berusaha mendekati kejayaan tersebut. Kejayaan hakiki terletak di hati, walaupun hakikat dunia ini menilai kita dr sudut fizikal dan mental, Allah ada penilaian-Nya yg tersendiri.  Tiada orang yang mengimpikan kejatuhan orang lain. Malah kami semua mengimpikan kejayaan bersama. Itu salah satu pengajaran yang aku dapat selepas menyertai program Real Sahabat Seru. Terima kasih abg Mirul dan Kak Elin. Semoga berjaya kepada semua ahli kumpulan Prodigy . In sha Allah,banyak lagi yang akan kita kongsi bersama selepas ni.
~~Keep Smiling~~


OUR DIFFERENCES is OUR STRENGTH