Aisya, seorang pemegang sijil diploma dalam bidang kewangan. Berbekalkan dorongan dari sahabatnya, dia berjaya membuka sebuah kolam penternakan ikan air tawar di kampungnya. Walaupun pelbagai cacian diterima, dia tidak mengalah malah terus berdiri teguh bersama semangat yang menggunung kerana dia yakin Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar. Di saat impiannya hampir tercapai, hadir insan yang mencemburui kejayaannya. Ditambah dengan fitnah yang diterimanya, Aisya menjadi semakin lemah. Alhamdulillah, berkat kerajinannya dan kepercayaannya atas qadak dan qadar Allah, impiannya tercapai.
Selain itu, setiap perenggan dalam novel ni sentiasa mengingatkan kita kepada kekuasaan Allah Maha Agung yang mengatur kehidupan kita. Sepanjang pembacaan novel ini, hati tidak putus-putus memuji penulis novel ni yang sentasa mengingatkan pembacanya kepada Allah dalam setiap bait kata dan frasanya yang indah.
Yang paling terkesan pada saya ialah kasih sayang dalam keluarga dan sesama sahabat yang ditonjolkan. Benar seperti pepatah Melayu, air dicincang takkan putus. Apabila kita memiliki sahabat yang memahami kita, segala masalah boleh kita kongsikan bersama malah kita boleh sama-sama memperbaiki diri dengannya. Dan sesungguhnya kelembutan itu tidak pernah kalah dengan kekasaran. Contohnya, kalau kita nak tegur seseorang itu,tegurlah dengan berhikmah, bukannya dengan memarahinya.
~mungkin sebuah novel biasa bagi pembaca2 yang lain, tapi banyak pengajaran dalam membaiki kehidupan yang dapat saya kutip dari novel ini
~kalau kita positif dan sentiasa mencari yang positif,bacalah apa saja bahan atau buku, mesti kita akan dapat pengajaran yang berguna
~kalau kita positif dan sentiasa mencari yang positif,bacalah apa saja bahan atau buku, mesti kita akan dapat pengajaran yang berguna

terima kasih kesudian membaca novel sederhana saya ini. ;) juga komentar bermakna untuk terus menulis dengan lebih baik kelak. InsyaAllah.
ReplyDelete