Petang tadi ada menghadiri majlis ilmu yang bertajuk 'Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam' di Akademi Pengajian Islam..Kuliah yang 'simple' tapi padat dengan isi dan penyampaian yang berguna. Ini sebenarnya adalah bahagian kedua yang memfokuskan kepada 'Islam dari Sudut Ibadat'.
Bila disebut ibadat, pasti yang terlintas di fikiran semua orang adalah solat, puasa, zakat, haji dan macam2 lagi. Tapi pernah tak kita terfikir atau berusaha menjadikan seluruh kehidupan kita sebagai ibadat. Sebenarnya dari bangun pagi hinggalah kita tidur, malahan ketika kita tidur pun, itu semua adalah ibadat.
Yang penting, setiap amalan yakni ibadat yang kita lakukan mestilah disertai dengan ihsan dan khusyuk. Ibadat yang dilakukan pula mestilah ikhlas kepada Allah supaya kita mendapat berkatnya. Kata ustazah yang menyampaikan ilmu tadi, keberkatan itu abstrak, hanya boleh dilihat dan dinilai oleh orang yang merasainya. Keberkatan sesuatu perkara boleh dilihat pada hasilnya. Contohnya, keberkatan rezeki sesebuah keluarga boleh dilihat dari sudut kejayaan anak-anaknya.
Apa yang penting, walau apa sahaja yang kita lakukan, ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat kita. Teruskan bermujahadah dan istiqamah dalam melakukan amal kebaikan... ^^
Bak kata seorang sahabatku, diri kita memerlukan makanan jasmani dan rohani. Apa yang kita belajar di sekolah dan kelas, itu semua makanan jasmani kita yang zahirnya semua orang dapat lihat melalui pencapaian kita dalam peperiksaan. Namun hakikat yang sebenarnya ialah makanan rohani itulah yang menentukan kesihatan jasmani kita. Alhamdulillah, mudah-mudahan program2 yang saya sertai seperti Real Sahabat SERU, hadiri majlis2 ilmu dan lain-lain lagi dapat memberi banyak manfaat sama ada kepada diri saya sendiri dan semua umat Muhammad SAW.
~sambil menuntut ilmu 2,dapat berkenalan dengan ramai sahabat2 yang baru =)
~senyumlah, kerana senyumanmu mampu merawat kedukaan orang lain..


No comments:
Post a Comment