Setelah mengikuti kem Pemudahcara Mahasiswa selama hampir 2 minggu...saya belajar untuk memikul tanggungjawab. Walau apa pun tugasan yang kita dapat,terimalah. Sebab saya lihat sahabat-sahabat di sekeliling saya semuanya menerima dengan seadanya. Seberat atau semudah mana pun tugasan yang diterima, kami sentiasa berusaha melakukan yang terbaik. Alhamdulilllah, kami kini adalah satu keluarga..satu famili yang harmoni walaupun kami dari berlainan bangsa dan budaya.
Pepatah kalau tak kenal maka tak cinta ternyata benar, tapi yang lebih bertepatan dengan famili PM KUAZ 13/14 adalah tak rapat maka tak cinta..siapa sangka kami boleh bekerjasama seperti adik-beradik.
Saya bersyukur kerana saya telah merebut peluang ini walaupun pada mulanya saya akui saya keberatan untuk menjadi PM..
Sungguh, Allah itu perancang terbaik.
Kem Pangkor Rimba ^^

Jadi PM ya,wah..
ReplyDelete