Dalam kehidupan serba moden ni, semua orang harapkan yang terbaik dari. Ditambah pulak, klu kita ni ada ramai sahabat2 dan orang yg mengenali diri ini..Baru2 ini, sy mengalami situasi yang agak mencabar bagi saya.
sebelum ni kan, ada la sy isi borang permohonan untuk menjadi pemudahcara mahasiswa (pm) untuk kolej sy. Walaupun sebenarnya sy tak rasa mcam nk hantar pun borang tu, tp sy hantar juga permohonan tu atas rasa tanggungjawab sebagai wakil kelab sy kt kolej (hehe..mcm org penting ja dlm kelab tu..perasan btoi la =p ). dan sebenarnya sy tak bagitahu sapa2 pun yg sy isi borang tu, cuma kwn sy yg turut berada dalam situasi yg sama ja yg tahu..
Bila keluar senarai nama pemohon2 yang telah disenarai pendek, nama sy dan rakan sy telah tersenarai..
Alamak!! semua org terkejut sbb tak sangka sy dan rakan sy tu mohon jd pm..Masa sesi interview tu,,mmg cuak sgt2..entah apa la pandangan org tu terhadap sy..walaupun pada mulanya pergi interview dengan perasaan terpaksa, tp ada la jugak rasa teringin nk jd pm..hehe #malu tp mahu
Esoknya,,bermulalah dugaan2 yg mencabar emosi dan minda. Ada golongan yg cuba mempertikai tindakan ak isi borang tu. Mungkin mereka kurang mempercayai kebolehan ak,, mungkin...tp ada jgk yg memberi kata2 semangat.
Tp lebih ramai yg katamcm ni "nk jd pm tak boleh cuti..ada bnyk kem..susah nk blk umah, susah nk jmpa keluarga, dan nanti ada banyak tanggungjawab" terkedu ak dengar org cakap macam tu.. jawpan sy pada orang tu,"kalau sy diterima jadi pm tu, sy terima sebab mesti ada hikmah disebalik apa yang Allah bagi kat saya, dan macam tu jugak la kalau sy tak diterima, mesti ada sesuatu yang lebih baik yg Allah sediakan untuk sy, sy terima seadanya." Ermm..susah nk puaskan hati semua pihak sebenarnya..tambah2 lagi kalau kita menjadi seorang pemimpin..Banyak kritikan dan sindiran yang mungkin kita terima tapi itu semua yang sebenarnya kita perlukan untuk berjaya dalam hidup.
last but not least,
# just be yourself because you are what you think ^^
# keep praying, because we dont have the power to control other people..Allah have it, Subhanallah
# nak mintak maaf jugak kt sahabat2 yang terasa hati sebab sy tak bagitahu yang sy mohon jd pm
.jpg)

No comments:
Post a Comment